Tuesday 4 April 2017

QUALITY CONTROL CIRCLE

PENGENALAN QCC DI NEGARA JEPUN

          Istilah QCC lebih merupakan istilah khusus yang diwujudkan kepada kumpulan kawalan mutu negeri Jepun. Ini bermakna bahawa istilah QCC telah dipopularkan oleh negara jepun mulai tahun 1962. Zaman sebelum tahun 1962, boleh la dianggap sebagai zaman permulaan pencetusan idea QCC di dunia baik di negara barat mahupun di timur. Program penyertaan pekerja di dalam proses membuat keputusan syarikat mempunyai ciri-ciri yang dikira hampir sama dengan aktiviti kumpulan QCC di Jepun. Terdapat dua ciri-ciri yang dikira hamper sama dengan aktiviti  kumpulan QCC di jepun. Pertama, wujud kegiatan berkumpulan dan ahli-ahli kumpulan telah membincangkan masalah-masalah berkaitan dengan kerja mereka. Keduanya, ahli-ahli kumpulan juga telah membincangkan masalah-masalah berkaitan dengan kerja mereka. Kedua, ahli-ahli kumpulan juga telah mencari jalan penyelesaian setelah disiasat punca masalah.

SEJARAH AWAL QCC DI JEPUN
Idea formal mengenai QCC belum lagi wujud di barat sendiri sekitar tahun 1949, tidak wujud aktiviti QCC secara formal di dalam organisasi-organisasi mereka. Apa yang dimaksudkan ialah kewujudan struktur dan organisasi QCC yang formal di dalam sesuatu organisasi. Struktur dan organisasi ini adalah menggambarkan bahawa QCC bergerak bersatu secara sepadu di dalam program peningkatan kualiti sesuatu organisasi. Striktir formal QCC termasuklah wujudnya Jawatankuasa Pemandu Induk QCC (Steering Committee) yang akan merancang, menggubal polisi dan mengawasi perjalanan program QCC. Secretariat  QCC pula bertanggungjawab di dalam mentadbir program QCC dan memberikan lathan kepada fasilitator, ketua kumpulan dan ahli-ahli kumpulan QCC. Struktur formal ini hanyalah wujud pada tahun 1962 sewaktu JUSE berperanan sebagai Jawatankuasa Pemandu Induk dan Sekretariat Induk kepada perjalanan QCC di seluruh Jepun. Justeru itu, sejarah QCC bermakna sejarah permulaan QCC di jepun dan bukannya di Barat (termasuk Amerika)
          Dalam konteks QCC (1962-1980), Jepun telah membawa mesej dan idea baru iaitu menghasilkan produk yang berkualiti dan menjadikan Asia sebagai negara perindustrian yang maju dan menghasilkan barangan keluaran yang berkualiti tinggi. Inilah wawasan yang telah dibawa oleh negara  Jepun untuk diteladani oleh negara-negara Asia supaya dapat menyaingi negara-negara barat dari segi penghasilan produk yang berkualiti tinggi. Dr.Joseph M.Juran,di dalam ucapannya di jepun pada tahun 1966 telah mengakui mengenai kesungguhan negara Jepun untuk mengatasi negara-negara Barat dari segi kualiti produknya.
Apabila membincangkan sejarah QCC di jepun, nama Dr. Kaoru Ishikawa seringkali disebut sebagai bapa QCC di jepun kerana mengasaskan program ini di negaranya. Beliau merupakan professor Kejuruteraan di Universiti Tokyo pada tahun 1947. Di university inilah beliau mulai mengambil perhatian yang serius terhadap kepentingan kaedah-kaedah saintifik. Pada tahun 1949, beliau telah terlibat di dalam kumpulan kajian QC,JUSE. Semenjak itu beliau bersama-sama dengan JUSE mempromosikan idea berkaitan dengan QC dan SQC kepada organisasi-organisasi di jepun. Hasil insiatif beliau lah QCC di perkenalkan di Jepun pada tahun 1962.
Profesor Ishikawa mengatakan bahawa terdapaat tiga peringkat di dalam pelaksanaan QCC di jepun. Tahap pertama (1946-1950) iaitu tahap kajian dan penyelidikan. Pada tahap inilah JUSE telah ditubuhkan. JUSE merupakan sebuah organisasi yang berperanan besar di dalam mengumpul maklumat yang standard, menentukan strategi dan pendidikan yang berkaitan dengan kualiti. Pada tahun 1949, Quality Control Research Group telah ditubuhkan oleh JUSE untuk membuat kajian mengenai QC di Amerika Syarikat. Hasil daripada insiatif JUSE di dalam mempromosikan idea berkaitan kualiti di dalam organisasi-organisasi Jepun telah menyebabkan kerjaan Jepun menjadi kualiti sebagai matlamat utama negara dan penubuhan Japanese Industrial Standard,JIS. JIS berfungsi sebagai sebuah agensi nasional kerajaan di dalam mengawal kualiti setiap industry jepun sebelum hasil-hasil produk dalam negeri dieksport ke luar negeri. Di tahap inilah JIS mempertingkatkan kempen amalan SQC di dalam industry Jepun.
Tahap kedua (1950-1954) merupakan tahap Kawalan Mutu Secara Statistik (SQC), pengenalannya,asimilasi dan penyebaran luas dari segi pengunaannya dan termasuklah salah guna kaedah statistic di kalangan para Jurutera. Dr William Edward Deming tiba ke jepun dan memperkenalkan SQC. Deming telah mengajar Statistical Process Control kepada eksekutif-eksekutuf kanan jepun pada tahun 1950.
Pada umumnya boleh dikatakan dalam sejarah awal QCC di jepun di antara tahun 1949 sehingga 1954, Deming dan Juran berperanan besar dalam menimbulkan kesedaran orang-orang jepun mengenai kepentingan kualiti melalui program QC, SQC, TQM. Deming mengemukakan falsafah, sedangkan juran mengemukakan struktur yang khusus yang mana dapat membantu meningkatkan kesedaran kualiti.
          Tahap perlaksanaan QCC di jepun (1954-1960) ialah tahap penggunaan QC secara sistematik.

PENUBUHAN QCC DI NEGARA AMERIKA
Di Amerika Syarikat pula, kesedaran mengenai kepentingan peningkatan kualiti telah disasarkan oleh Dr.W.A.Shewhart. Beliau merupakan tokoh statistic Amerika yang mengasaskan konsep Kawalan Mutu Secara Statistik (Statistical Quality Control,SQC). Pada tahun 1930-an, beliau telah mencipta Carta Kawalan (Control Chart) sebagai salahsatu mekanisme untuk mengawal mutu di dalam sesebuah organisasi. Sud Ingle menganggap zaman ini sebagai kewujudan kumpulan informal (informal circles) di Amerika dan kebangkitan kesedaran SQC di Amerika. Walt Disney merupakan salah seorang tokoh usahawan terkemuka di Amerika Syarikat yang turut serta mengawal konsep penyertaan pekerja di dalam peningkatan kualiti semenjak tahun 1940-an lagi. Beliau telah mengatur pertemuan yang tidak rasmi dengan pekerjanya. Di dalam pertemuan inilah beliau mendapat idea-idea cadangan yang baik dan bernas mengenai masa depan syarikatnya
          Kemudian pada penghujung tahun 1950-an, Sidney Rubenstein telah memulakan program yang dikenali sebagai sistem pengurusan secara penyertaan bersama di Syarikat Chrysler dan General Motors. Konsep ini didasarkan kepada konsep barat iaitu participative management. Setiap pekerja yang terlibat di dalam program ini akan diajar mengenai, konsep-konsep penyelesaian masalah secara penyertaan, mengkaji masalah di dalam kumpulan, menyusun maklumat, strategi-strategi untuk merancang proses dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berorentasikan maklumat. Mereka juga diajar mengenai pusingan penyelesaian masalah dan kajian kos serta contoh-contoh yang berkaitan dengan nya.

SENARIO QCC DI EROPAH DAN AMERIKA
          Walaupun idea dan konsep berkaitan QCC di eropah namun QCC tidaklah begitu popular di Eropah dan Amerika pada tahun 1950-an dan 1960-an. Keadaan ini berlaku disebabkkan idea-idea daripada pekerja-pekerja tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya dari pihak pengurusan. Pihak pengurusan Barat lebuh suka mengamalkan konsep pengurusan secara objektif iaitu Management By Objective (MBO). Dr Williams Edward Deming salah seorang pakar Kawalan Kualiti (QC) Amerika Syarikat menganggap bahawa salah satu punca utama menyebabkan kegagalan QCC di barat adalah wujudnya sistem birokrasi (redtape) yang begitu menebal sekali di dalam pentadibiran organisasi Barat. Dalam pada itu, beliau berpendapat bahawa konsep MBO yang telah diamalkan oleh pentadbiran harian industry barat menyukarkan pertumbuhan dan kemajuan program QCC di barat.  Pihak pengurusan di Barat juga lebih mempercayai dan menyakini keupayaan dan kebolehan para pengurus di dalam mentadbir dan menbuat keputusan berkaitan dengan tugas-tugas harian dan mengatasi masalah-masalah organisasi. Ini bermakna bahawa pengalaman kerja dan idea-idea yang baik dan bernas daripada pekerja-pekerja baawahan untuk membantu meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka tidak diambil perhatian oleh pihak pengurusan. Dalam konteks ini , Pat Haggerty, Pengerusi Lembaga Pengarah Texas Instrument, Amerika Syarikat menggangap bahawa kepimpinan yang tidak mempunyai sensitivity terhadap keupayaan para pekerja di dalam memajukan organisasi adalah merupakan satu kerugian yang besar katanya.
          Mike Robson mengatakan bahawa terdapat lima punca-punca utama kegagalan QCC di negara Eropah seperti di Amerika. Petama. Tidak menyediakan organisasi dengan perubahan dari segi sistem pengurusan otokratik kepada penyertaan bersama. Kedua, proses menyelesaikan masalah QCC tidak menjadi sebahagian daripada strategi koporat organisasi. Ketiga, diagnosis yang lemah di mana focus utama QCC adalah mengena pasti tanda-tanda masalah dan bukannya punca-punca utama masalah. Keempat, pemilihan keutamaan masalah tidak secara berdisiplin di mana masalah utama datangnya dari ahli-ahli QCC yang paling berpengaruh dan bukannya hasil analisis dan kajian terperinci kumpulan. Akhirnya, tiada intergrasi konsep QCC di dalam kesemua tahap komunikasi di dalam organisasi.

PENUBUHAN QCC DI MALAYSIA
Kejayaan jepun telah menarik minat banyak negara di dunia untuk menilai dan memulakan program ini. Amerika Syarikat, Brazil, Sweden, Denmark, Belgium dan Belanda telah melaksanakan program QCC pada tahun 1970-an. Negara-negara di Asia tenggara seperti Filipina, Thailand, Indonesia, Singapura dan Malaysia telah mengadakan program QCC pada awal thun 1980-an.
          QCC adalah satu konsep pengurusan baru yang dilaksankan dalam perkhidmatan awam di Malaysia pada tahun 1980. Konsep ini mula dikenali melalui polisi kerajaan Malaysia pada ke timur. Kerajaan berhasrat untuk mempertingkatkan lagi mutu dan prestasi di dalam perkhidmatan, khususnya dalam bidang teknik dan cara bekerja serta etika kerja. Ekoran perubahan polisi ini beberapa badan pertubuhan dan jabatan telah menganjurkan seminar ke arah memenuhi hasrat tersebut. Antara agensi kerajaan yang terlibat secara langsung di dalam menyusun program sebegini ialah Institut Tadbiran Awan Negara (INTAN) dan Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN).
          INTAN berperanan dalam memperkembangkan program QCC dalam sector perkhidmatan awam di Malaysia. INTAN memperkenalkan kumpulan QCC ini sebagai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK). Dari segi sejarah pengenalan KMK di sector awam bermula dengan pelancaran Dato’Seri Dr, Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1981. Pada bulan Ogos 1982, pihak INTAN telah menganjurkan seminat pengurusan bertujuan untuk memperkenalkan konsep KMK kepada pegawai-pegawai tinggi kerjaan. Pada bulan Mac 1983 pula, Datuk Abdullah Haji Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Menteri melancarkan secara rasminya program KMK bagi sector perkhidmatan awam. Selepas pelancaran ini pihak INTAN telah mengendalikan kursus facilitator KMK yang pertama pada 14hb Mac sehingga 28hb Mac 1983. Selepas kursus ini pihak INTAN telah menganjurkan suatu sesi khas persembahan pengurusan (persembahan projek-projek kumpulan,yang disertai oleh dua buah kumpulan KMK dan perkidmatan awam Singapura). Sesi persembahan khas ini dihadiri oleh 500 pegawai kanan kerjaan. Pada bulan oktober 1984, pihak INTAN pula telah menganjurkan konvensyen pertama KMK dalam sector awam Malaysia. Ini diikuti dengan penyertaan tiga buah kumpulan KMK menyertai konyensyen kebangsaan yang pertama anjuran PDPN pada bulan November 1984.
          Satu lagi  organisasi yang membantu memperkembangkan program QCC di Malaysia ialah PDPN. Pada bulan Oktober 1983, PDPN telah menubuhkan Urusetia QCC di ibu pejabat PDPN di Petaling Jaya. Urusetia ini berfungsi sebagai urusetia kegiatan QCC di dalam organisasi-organisasi swasta di Malaysia. Di antara tujuan urusetia ini ialah mengamalkan, menggerak dan menguruskan kegiatan QCC. Urusetia ini bertujuan untuk memberi latihan kepada anggota-anggota organisasi di dalam pembentukan kegiatan QCC dan menyebarkan maklumat dan pengetahuan berkenaan dengan kegiatan tersebut. Urusetia ini berfungsi dalam memberi khidmat perundingan dalam QCC dan kegiatan sepertinya serta berkhidmat sebagai badan penyelaras dan pendaftar bagi QCC pada peringkat negara. Urusetia ini turut memberi khidmat yang bersangkutan dengan tujuan QCC untuk berkembang dengan sihat sama ada pada peringkat kebangsaan mahupun pada peringkat antarabangsa.
          Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan pada 12hb oktober 1983 bertujuan untuk menasihati Urusetia QCC di PDPN. Jawatankuasa ini dianggotai oleh INTAN, Fakulti Ekonomi Universiti Malaya. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (Malaysian Trades Union Congress, MTUC) , Kesatuan Sekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (The Congress of Union of Employees In The Public And Civil Servis,CEUPAC), Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (Malaysia Employer Federation, MEF),Insititut Kerjuruteraan Malaysia, Institut Kawalan Mutu Malaysia, dan Goodyear Malaysia Berhad.
Pihak PDPN telah menganjurkan Konvensyen QCC Peringkat Kebangsaan yang pertama pada bulan November 1984. Dalam konvensyen ini kumpulan-kumpulan QCC di sector swasta akan bersaing dengan kumpulan KMK dari sector awam. Hasil dari inisiatif PDPN dan INTAN maka program QCC telah mulai dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan dan organisasi-organisasi swasta.

QCC dalam syarikat di Malaysia.
Walaupun QCC diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1982 oleh INTAN dan PDPN, namun sudah terdapat beberapa buah organisasi swasta yang mengadakan program QCC pada ketka itu. Keadaan ini lebih ketara bagi syarikat-syarikat yang mempunyai syarikat induk yang berpusat di luar negeri. Syarikat-syarikat ketegori ini telah mendapat bantuan teknikal dan kepakaran dari syarikat induk mereka di dalam membuat perancangan latihan dan penyeliaan program QCC. Antaranya ialah syarikat Matsushita dan syarikat Motorla di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan serta Texas Instuments di Hulu Kelang, Selangor Darul Ehsan.

          Program QCC bermula di Matsushita Industrial Corporation Sendirian Berhad (MAICO) pada tahun 1980 lagi, selepas konsep QCC dan rancangan-rancangan pelaksanaan QCC diperkenalkan kepada pihak pengurusan pertengahan dan pengurusan atasan syarikat tersebut. MAICO ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1972 dan merupakan pengeluar barangan elektrik utama negara. Program QCCnya mendapat sokongan penuh daripada pihak pengurusan di jepun. QCC pula merupakan program utama di kalangan para perkerjanya di dalam meningkatkan produktiviti serta mutu barangan keluaran Matsushita. Sokongan dan penglibatan pihak pengurusan di Malaysia dalam memgemudi dan mengerakkan program QCC menyebabkan ia dapat berjalan dengan baik di Matsushita. Dalam pada itu para pekerjanya mempunyai minat yang mendalam terhadap aktiviti QCC. Kombinasi dari sekongan pihak mengurusan dan minat yang ada dalam kalangan perkerja telah menyebabkan QCC berkembagn dengan pesat sekali dalam syarikat ini. Sekitar tahun 1983 sudah terdapat hampir 100 buah kumpulan QCC di syarikat tersebut. Kejayaan QCC di Matasushita dapatlah diperhatikan apabila syarikat ini seringkali menjuarai persembahan projek kumpulan di dalam Konvensyen Kebangsaan QCC anjuran PDPN pada tahun 1984,1985 dan 1986.

No comments:

Post a Comment

DUALISM AND DIVISION IN LABOUR STRATEGIES INTRODUCTION: BRITISH LABOUR RELATIONS IN THE 1980s The significance of the economic environ...