Tuesday 4 April 2017

Pengenalan
·         Bandar dapat didefinasikan dengan pelbagai makna dan cara kerana pelbagai sarjana dan pakar penyelidik dalam pelbagai bidang disiplin telah memberikan definisi dan pandangan yang berbeza tentang Bandar.
·         Menurut Anlmann dan Olosson (Garnier, 1967:18), Bandar mendefinasikan sebagai satu pengelompokkan yang mempunyai pelbagai aktiviti di dalamnya.
·         Ahli-ahli geografi mendefinasikan bahawa Bandar adalah satu lokasi yang mengandungi 3 ciri iaitu kepadatan penduduk tinggi, penduduk tidak terikat dengan aktiviti pertanian dan lokasi tersebut memberi perkhidmatan sebagai pusat kebudayaan, pentadbiran dan ekonomi bagi wilayah. (Northam, 1975:476)
·         Kepelbagaian isu yang timbul dan keperluan semasa telah mewujudkan satu bidang baru yang dikenali sebagai Antropologi Bandar untuk menjawab dan menyelesaikan persoalan yang timbul.
·         Bidang ini turut menjelaskan ciri-ciri bandar dan faktor-faktor perkembangan Bandar bagi memahami sesuatu fenomena.
Ciri-ciri sebuah Bandar
Mempunyai saiz penduduk yang besar
·         Kawasan Bandar mempunyai bilangan penduduk yang lebih ramai berbanding dengan kawasan luar Bandar.
·         Pertumbuhan penduduk yang semakin pesat kebiasaannya dipengaruhi oleh pertambahan penduduk secara semulajadi dan migrasi (Katimah Rostam,2002)
·         Contoh Bandar seperti Kuala lumpur, Kota Kinabalu, Ipoh dan Seremban.
·         Menurut perangkaan Malaysia, taburan penduduk Malaysia mengikut strata, 1970-2020 menunjukkan bahawa taburan penduduk pada tahun 2015 di kawasan Bandar adalah 74.3% manakala kawasan luar Bandar 25.7%.


Faktor-faktor proses pembandaran (kornubasi)
Kesan daripada kegiatan pengeluaran sumber alam tempatan
·         Dengan adanya sumber ,perkembangan kawasan dapat dipertingkatkan melalui aktiviti-aktiviti seperti perlombongan dan perindustrian, seterusnya menjadikan kawasan tersebut menjadi sebuah bandar.
·         Kekayaan hasil galian, khususnya bijih timah dan kawasan pertanian yg subur telah menarik orang-orang inggeris untuk menimba hasil-hasil tersebut.
·         Keperluan pelabuhan pengeksport menggalakkan perkembangan Bandar-bandar pelabuhan seperti Pelabuhan Kelang dan Telok Intan
·         Pembukaan kawasan-kawasan pertanian di kawasan kaki bukti menggalakkn pertumbuhan Bandar seperti Alor Setar, Segamat, dan Tapah.

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, Bandar merupakan tempat yang mmpunyai ramai penduduk, terdapat banyak urusan dan perniagaan dijalankan. Bandar mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakannya dengan luar Bandar. Bidang antropologi cuba untuk menyelesaikan sesuatu fenomena yang berlaku di kawasan Bandar dengan memhami ciri-ciri dan faktor perbandaran. Hal ini mendorong ahli antroplogi untuk mengkaji Bandar. Hal ini penting untuk mengkaji kesan sesuatu fenomena terhadap pelbagai aspek seperti politik, ekonomi sosial dan alam sekitar.


Rujukan
Abdul Rahman Embong. 2011. Pembandaran dan Kehidupan Bandar di Semenanjung Malaysia http://www.ukm.my/penerbit/akedemika/ACROBATAKADEMIKA81-2/81(1)Chap3-locked.pdf Diakses pada 4 Mac 2017
Dr. Norazit Selat. 1993. Konsep Asas Antropologi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jabatan Perangkaan Malaysia dalam Data Asas Malaysia.

Katiman Rostam. 1990. Konsep Asas Geografi Manusia. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

DUALISM AND DIVISION IN LABOUR STRATEGIES INTRODUCTION: BRITISH LABOUR RELATIONS IN THE 1980s The significance of the economic environ...