Tuesday 4 April 2017

EKONOMI POLITIK



PENGENALAN

Hubungan industri mula wujud pada awal abad ke-18 namun tidak ada sebarang pendekatan yang dicipta bagi mengkaji subjek hubungan industry. Namun, hubungan industri mula di bahas oleh sarjana hubungan industri semenjak berlakunya revolusi perindustrian terutamanya di negara-negara barat dan eropah pada pertengahan abad ke-18 bagi memberi penjelasan yang lebih mendalam tentang hubungan industri itu sendiri. Secara asasnya, hubungan industri ini merujuk kepada hubungan antara majikan dengan pekerja dalam alam persekitaran kerja dan bagaimana mereka menangani sesuatu konflik yang wujud dalam persekitaran kerja mereka.
Di Malaysia, sistem perhubungan perindustrian terdiri daripada tiga pihak iaitu pihak majikan dan persatuan-persatuannya, pekerja dengan kesatuan-kesatuan sekerjanya dan kerajaan. Terdapat beberapa hujah yang dikemukakan oleh sarjana hubungan industri yang mengatakan bahawa hubungan industri sebagai satu institusi kawalan pekerjaan di tempat kerja (Fender,1965;Clegg,1989). Manakala, Dunlop pula pada tahun 1958 telah mengemukakan teori sistem yang memperkenalkan beberapa konsep asas hubungan industri seperti konsep pelakon, ideologi, peraturan di tempat kerja dan juga faktor persekitaran atau konteks. Hyman (1989) berhujah bahawa hubungan industri sebagai satu pertelagahan kelas antara majikan dengan pekerja. Selain itu wujud juga pendekatan-pendekatan yang lain seperti pendekatan Unitarist yang mengetepikan konflik serta kerjasama antara majikan dengan pekerja sangat penting.
 Pendekatan berbilang (Pluralist) mengutamakan konflik sebagai input kepada kesatuan sekerja dan perundingan kolektif, Pendekatan Radikal (Marxist) pula menekankan pertelagahan kelas dan kebebasan pekerja. Pendekatan-pendekatan ini sangat penting dalam melihat arah tuju sistem hubungan industri di Malaysia mahu pun negara-negara lain di dunia ini. Dalam aspek pembentukan ilmu pengetahuan, hubungan industri dilihat sebagai ilmu sosial yang dapat mentafsir dan memahami hubungan pekerja dan majikannya. Dalam aspek hubungan industri ini, terdapat disiplin ilmu lain seperti ekonomi tenaga kerja, ilmu politik, sejarah perburuhan dan sebagainya.



2.0  DEFINISI EKONOMI POLITIK MENURUT TOKOH SARJANA
Pembolehubah bermaksud sesuatu sifat yang boleh berubah (Fauzi Hussin etl 2014). Hal ini bermaksud  pembolehubah biasanya mempunyai 2 variable yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Menurut Mat Pauzi 1999 pula, pembolehubah merupakan lambang kepada fenomena yang sudah dikenal pasti sifatnya. Pembolehubah yang wujud mampu menguraikan atau menterjemahkan sesuatu proses yang berlaku.
          Membicarakan mengenai bidang ekonomi politik, kita sememangnya tidak dapat terlepas dari membicarakan mengenai 2 tokoh yang sangat berpengaruh iaitu Adam Smith dalam bukunya The Wealth of Nations 1776  dan David Ricardo dalam bukunya Principles of Political Economy and Taxation 1817. Akan tetapi, perlu diketahui bahawa dari segi sejarah, kedua-dua tokoh ini sebenarnya bukanlah tokoh yang mula-mula mempelopori kajian bidang ekonomi politik ini. Sebelumnya sudah terdapat banyak tulisan dan ulasan soal ekonomi khususnya ataupun aspek ekonomi masyakarat yang terdapat dan zaman sebelumnya dalam semua tamadun manusia. (Samsul Bahriah ku Ahmah 1990). Sebagai contoh, tulisan Lao Zi di China, Aristotle di Yunani dan Ibn Khaldun di Tanah Arab. Namun tulisan mereka hanya mengenai soal ekonomi masyarakat pada ketika itu. Adam smith iaitu falsafah dari Scotland ini telah digelar sebagai bapa ekonomi dunia kerana beliaulah mula-mula cuba memahami asal usul, implikasi dan perkembangan kapitalisme industri. (Samsul Bahriah ku Ahmah 1990). Keadaan ini bermakna, Adam Smith telah mengkaji bagaimana aspek ekonomi dan politik pada ketika itu sedang berlaku.
          Sehingga pada pertengahan abad ke 19, tulisan Ricardo, John Stuart Mill, Karl Marx dan lain lain semuanya dianggap sebagai ahli ekonomi politik. Selepas akhir abad ini, mulalah berlaku garis pemisah dalam pemikiran ekonomi iaitu antara mereka yang berpegang pada teori nilai kerja, seperti Ricardo dan Marx, dan golongan baru yang menjadikan teori nilai utiliti sebagai teras pemikiran ekonomi mereka (Samsul Bahriah ku Ahmah 1990).
          Mengikut tradisi ilmu ekonomi, bidang “ekonomi politik” bermaksud aliran pemikiran ahli-ahli ekonomi klasik. Dalam buku ini, banyak menerangkan mengenai “Division of labour” iaitu pembahagian kerja sangat berguna dalam usaha meningkatkan produktiviti. Hal ini kerana menurut beliau, pembahagian kerja akan mengembangkan kepakaran setiap pekerja. Selain itu, pembahagian kerja akan mengembangkan kepakaran setiap pekerja. Tambahan pula, berlakunya pertambahan penduduk bermaksud terjadinya peningkatan tenaga kerja dan hal ini akan meningkatkan permintaan dan perluasan pasaran seterusnya mendorong kepada pertumbuhan ekonomi.
          Selain itu, dalam bukunya The Wealth of Nations (1776), ekonomi politik adalah cabang ilmu dari undang-undang yang mempunyai dua tujuan yang berbeza iaitu pertama menciptakan sumber pendapatan bagi masyarakat dan kedua menyediakan daya pengeluaran bagi sesebuah negara.
          Manakala, menurut David Ricardo, beliau mengungkapkan bahawa ekonomi politik adalah berkaitan dengan pembangunan ekonomi dengan cara sistematik. Di dalam bukunya yang bertajuk “The Principles of Political Economy and Taxation” (1971), menjelaskan bahawa faktor yang penting dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara adalah seperti buruh, pemupukan modal dan perdagangan luar negeri dimana beliau menekankan pentingnya tabungan bagi pembangunan modal.
          David Ricardo dilahirkan pada 1772 dan meninggal dunia pada 1823 (Jules Renard) Beliau adalah salah satu tokoh ahli-ahli ekonomi yang sangat berpengaruh dalam sejarah. Dia pernah bekerja sebagai “banker” dan kemudian beralih kepada bidang Politik dan Ekonomi. David Ricardo merupakan ahli ekonomi yang penting dalam membawa sesuatu yang baru kedalam pemikiran ekonomi. Pembaruan ini dianggap oleh pengkritk ekonomi sebagai “Iiberalist pessimistic”. (Jules Renard).  
          Kedua-dua tokoh ini telah mengembangkan analisa sistem ekonomi kapitalis yang sedang berkembang ketika itu. Ciri utama sistem ekonomi kapitalis yang ketara ketika itu ialah pengeluaran barang secara umum. Maksudnya, kebanyakan pengeluaran barang dan perkhidmatan ialah untuk dijual di pasaran dan bukan untuk digunakan secara langsung oleh pengeluar.
          Menurut Martin Staniland pula, Mengemukakan pengertian bahawa Ekonomi Politik merupakan interaksi sistematik antara aspek ekonomi dan aspek politik. Interaksi ini dalam pelbagai bentuk, misalnya hubungan sebab dan akibat antara proses dengan proses lain di mana ia bersifat determisme atau hubungan secara timbal balik serta suatu proses yang berlaku secara berterusan.
          Selanjutnya, Alfred Marshal (Principles of Economics) Istilah Ekonomi Politik merupakan suatu istilah yang sangat popular pada abad ke 18. Dalam Principles of Economic istilah ekonomi politik mula dipisahkan. Orang lebih suka menggunakan istilah ekonomi atau politik sahaja. Ekonomi lebih menekankan pada huraian-huraian ekonomi yang lebih bersifat kuantitatif (nilai) sedangkan politik mempunyai maksud yang jauh dari ekonomi.

          Akhir sekali, Arifin & Rachbini, 2001, mendefinisikan Sebagai suatu disiplin ilmu yang lebih komprehensif, Ekonomi Politik lahir dari beberapa usaha yang dilakukan, mengisi kekosongan (cross fertilization) yang tidak dijumpai dalam satu disiplin ekonomi atau disiplin politik.

          Secara umumnya, berdasarkan pemahaman pembentang, ekonomi politik merupakan bidang yang wujud secara berasingan. Namun entiti ini saling bergantung antara satu sama lain. Misalnya, jika wujud masalah yang berlaku pada ekonomi, maka bidang politik boleh menyelesaikan masalah tersebut dan begitulah sebaliknya. Keadaan ini jelas menunjukkan wujud kebergantungan antara bidang Ekonomi Politik. 


3.1 SISTEM EKONOMI MENTERJEMAHKAN SISTEM HUBUNGAN INDUSTRI DI SESEBUAH NEGARA
         
          Sistem ekonomi adalah cara atau strategi sesuatu bangsa atau negara dalam mengurus ekonominya dalam rangka mencapai kemakmuran masyarakat (http://web.unair.ac.id/admin/file/f_19997_sei3.pdf

           Menurut Jamaliah et.al (2012: 11) pula menyatakan bahawa masalah asas ekonomi adalah terdiri daripada persoalan-persoalan seperti apa yang hendak dikeluarkan, berapa yang hendak dikeluarkan, bagaimana hendak dikeluarkan dan untuk siapa ia dikeluarkan. Menurut beliau lagi persoalan-persoalan asas dalam masalah ekonomi ini diselesaikan mengikut jenis sistem ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara.

          Oleh itu, dalam menyelesaikan masalah ekonomi ini, kita perlu melihat bagaimana keadaan sistem ekonomi yang berbeza dipraktikkan sesebuah negara.

SISTEM EKONOMI KAPITALIS (PASARAN BEBAS)
Sistem ekonomi kapitalis adalah sistem dimana sebuah organisasi ekonomi yang disifatkan oleh hak milik persendirian atas alat-alat pengeluaran dan pengedaran. Segala pengeluaran ini adalah untuk mencapai keuntungan dalam keadaan ekonomi yang sangat kompetatif (Agustiati Sistem Ekonmi Kapitalisme). Sistem ini berpunca daripada pemikiran Adam Smith iaitu tokoh klasik ekonomi dunia yang merupakan pemikir klasik mengenai dasar sistem ekonomi kapitalis.

          Urustadbir ekonomi dilakukan secara individu tanpa pemusatan atau kawalan peraturan daripada campur tangan kerajaan dan kuasa permintaan dan penawaran di pasaran juga telah dipengaruhi oleh ‘mekanisma harga’ dalam pasaran. Iaitu apabila sesuatu permintaan barangan itu meningkat maka secara tidak langsung harga barangan itu juga akan meningkat dan keadaan ini akan meningkatkan penjualan sesuatu barangan di dalam pasaran.

          Dalam sistem ekonomi kapitalis ini, aktor hubungan industri iaitu kerajaan tidak mempunyai kuasa yang banyak dalam menggubal polisi atau peraturan yang berkaitan dengan aktiviti ekonomi khususnya dalam penetapan harga barangan dan upah pekerja. Dalam kontek kini, sistem ekonomi kapitalis banyak diterajui oleh syarikat-syarikat MNC iaitu (Multi Nasional Corporation). Dalam sistem ini, kaum buruh cenderung untuk dieksploitasi.

          Oleh itu, untuk mengatasi eksploitasi dan pemberian upah pekerja yang tidak adil di dalam sistem ekonomi kapitalis ini maka bidang hubungan industri melalui peranannya dapat membantu menyelesaikan masalah pekerja tersebut. Dalam hal ini, aktor hubungan industri mahupun masyarakat industri sangat penting dalam membantu menangani masalah ini. Misalnya, dengan menggunakan kekuatan perjanjian kolektif dalam membuat tuntutan kepada pihak majikan.

SISTEM EKONOMI SOSIALIS
Sistem ekonomi sosialis adalah satu dasar untuk memperolehi suatu distribusi yang lebih baik dengan tindakan pihak kerajaan berpusat dengan pengeluaran dan perolehan kekayaan (Riza Anggaraeni et). Manakala, menurut Jamaliah et. al (2012:14) menyatakan bahawa sistem ekonomi sosialis ini merupakan satu sistem yang mana kerajaan yang berkuasa dan memainkan peranan dalam pengendalian faktor-faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan usahawan.
         
          Dalam sistem ini, kerajaan memainkan peranan penting misalnya penetapan harga barangan dan juga pasaran buruh di mana majikan perlu membayar gaji atau upah pekerja mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh kerajaan tersebut.   

GABUNGAN SISTEM EKONOMI KAPITALIS DAN SOSIALIS.
Melalui sistem ini, pihak kerajaan dan swasta memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan sistem ekonomi. Mereka  memainkan peranan penting dan mempunyai tujuan masing-masing. Iaitu tujuan utama pihak swasta dalam sistem ini adalah untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos pengeluaran manakala tujuan kerajaan adalah untuk menyediakan perkhidmatan, menjaga kebajikan masyarakat, menghasilkan undang-undang dan peraturan, mengawal monopoli oleh individu dan seterusnya menstabilkan ekonomi sesebuah negara.




3.2 KEADAAN EKONOMI POLITIK MEMPENGARUHI AKTOR HUBUNGAN INDUSTRI
Dalam sesebuah negara, kadar pengangguran kadangkala menurun dan menaik. Jika kadar pengangguran meningkat maka akan mempengaruhi sistem ekonomi politik sesebuah negara. Misalnya, dapat dilihat dari aspek ekonomi jika berlaku keadaan seperti krisis ekonomi dan dan inflasi yang mana ia turut mempengaruhi jumlah keahlian kesatuan sekerja. Keadaan ekonomi yang tidak menentu juga dikatakan telah menyebabkan masalah pengangguran yang tinggi berlaku. Hal ini terjadi disebabkan banyak majikan mengambil tindakan dengan memberhentikan banyak pekerja untuk menjimatkan kos operasi dan tidak mampu untuk menanggung kos operasi. (Hazman dan Balakrishnan, 2003 dalam Balakrishnan, 2006).
Oleh yang demikian, kemelesetan ekonomi ini akhirnya menyebabkan ramai pekerja tidak lagi berminat untuk menyertai kesatuan sekerja kerana mereka tidak mampu membayar yuran keahlian kesatuan sekerja serta menganggap bahawa kesatuan sekerja tidak membawa apa-apa faedah yang mereka terima walaupun mereka menyertai kesatuan sekerja. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan jumlah keahlian kesatuan sekerja terus menurun. Selain itu inflasi juga dikatakan mempengaruhi sistem ekonomi dan politik di sesebuah negara. Inflasi berlaku apabila kenaikan harga secara umum dan juga penurunan nilai mata wang secara berterusan. Sekiranya berlaku inflasi dalam sesebuah negara ia akan memberi kesan kepada pelaburan perniagaan dan pertumbuhan ekonomi. Sekiranya berlaku inflasi yang tidak dijangka menyebabkan ketidakpastian. Firma-firma sudah semestinya tidak sukakan kepada ketidakpastian kerana sebarang perkara yang tidak pasti boleh menyebabkan mereka rugi. Hal ini sudah semestinya firma-firma menarik semula pelaburan dalam sesebuah negara dengan segera yang akhirnya memberi impak kepada negara tersebut seperti kekurangan pendapatan negara.
Di samping itu, keadaan politik di dalam sesebuah negara turut mempengaruhi jumlah keahlian kesatuan sekerja. Misalnya boleh dilihat dari aspek polisi dan perundangan sama ada longgar atau ketat. Dalam aspek politik ini, apabila berlaku keadaan seperti polisi atau perundangan yang longgar maka ia akan mempengaruhi keahlian kesatuan sekerja. Ini ini seterusnya akan mengalakkan dan membenarkan lebih kerap perundingan kolektif dilakukan dengan lebih berkenaan hal-hal berkaitan dengan pekerjaan. Dalam konteks Malaysia, terdapat perundangan yang memperuntukkan tentang kesatuan sekerja dan perundingan kolektif seperti Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 tentang penubuhan kesatuan sekerja dan tindakan industri yang boleh dilakukan oleh pekerja.





KESIMPULAN

Terdapat beberapa pandangan daripada tokoh-tokoh terkemuka mengenai Ekonomi Politik ini. Dari segi perkembangan Adam Smith dan David Ricardo merupakan 2 tokoh awal yang telah membicarakan mengenai disiplin Ekonomi Politik ini. Seterusnya diteruskan oleh tokoh-tokoh sarjana yang terkemuka seperti Karl Max dan sebagainya. Tokoh-tokoh ini telah mengemukakan pandangan berbeza-beza mengenai sistem ekonomi politik dalam hubungan industri di sesebuah negara.

            Sistem-sistem ekonomi yang diamalkan disesebuah negara juga dapat memterjemahkan sistem hubungan industri disesuatu negara. Misalnya, jika berlaku sesuatu perubahan yang berlaku dalam sistem ekonomi Politik turut mempengaruhi aktor utama sistem hubungan industri.   



RUJUKAN
Balakrishnan Parasuraman. 2006. Hubungan Industri Di Malaysia. Pengenalan Pendekatan Hubungan Industri.., hlm. 1 – 14.
Balakrishnan Parasuraman. 2003.  Hubungan Industri & Pengurusan Sumber Manusia, Isu Dan Cabaran. Edisi kedua. Malaysia. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Mat Pauzi A Rahman. 1999. Berminat untuk mengenalpasti atau mengujudkan konsep yang         baru: 187-197. Jurnal Komunikasi (15) 190.

Samsulbahriah ku ahmad. Pengantar Ekonomi Politik. Selangor Darul Ehsan : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

INTERNET

Agustiati Sistem Ekonomi Kapitalisme

Riza Anggraeni el. Kritik Terhadap Sistem Ekonomi Sosialis

Jules Renard. David Ricardo Contemporary Economist.

www.ipe.ro/rjef/rjef4_07/rjef4_07_8.pdf diakses pada 1 Mac 2017 

3 comments:

DUALISM AND DIVISION IN LABOUR STRATEGIES INTRODUCTION: BRITISH LABOUR RELATIONS IN THE 1980s The significance of the economic environ...